Prihatin Gaza: Suria FM dan AC Gas sumbang RM11,000, tabung bantuan bersama Yayasan Nurjiwa Siti Nurhaliza


  • Massa
  • Selasa, 24 Okt 2023

Barisan penyampai radio Suria FM dan Siti Nurhaliza ketika di majlis sumbangan bantuan Palestin di ibu pejabat CTDK Holdings Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

SEBAGAI tanda prihatin terhadap Palestin, Suria FM dan AC Gas berbesar hati menghulurkan sumbangan sebanyak RM 11,000 kepada Tabung Bantuan Khas Palestin, kelolaan Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama organisasi 'Kita Fund' di ibu pejabat CTDK Holdings Sdn. Bhd, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Roslinda Abd Majid (DJ Lin), selaku Pengurus Besar Suria FM bersama wakil Pemasaran AC Gas, Mohamad Amirul Hafiz, kepada Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Acara itu turut dihadiri barisan penyampai 'Morning Morning Suria', Ajak, Shuib dan Suraya Borhan.

sii

Penyampai 'Morning Morning Suria' bersama Siti Nurhaliza.

DJ Lin berkata, sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan Suria FM dan AC Gas ke atas bumi Gaza juga saudara seislam di sana sekali gus merupakan satu inisiatif dalam menentang kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin.

"Sebagai sebuah stesen radio swasta, kami akan cuba yang terbaik memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran juga maklumat di samping mengajak para pendengar untuk turut menyokong dan membantu rakyat di sana.

"Bantuan ini bukan sahaja menunjukkan sokongan Suria dan AC Gas kepada usaha kemanusiaan di Gaza, tetapi juga sebagai tanda sokongan terhadap usaha Malaysia yang sentiasa bersatu dalam memperjuangkan hak kemanusiaan khususnya terhadap mereka yang dizalimi dan teraniaya," katanya.

sitii

DJ Lin bersama Siti Nurhaliza di majlis sumbangan Tabung Bantuan Khas Palestin dekat ibu pejabat CTDK Holdings Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Pertemuan bersama Siti Nuhaliza juga merupakan antara insiatif lain yang Suria FM cuba lakukan dalam usaha membantu dan mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk turut sama menyumbang ke Yayasan Nurjiwa.

"Buat semua pendengar Suria, jangan berhenti untuk terus bersolidariti demi Palestin dan teruskan berdoa semoga kita dapat membawa perubahan serta menghentikan kekejaman yang berlaku," katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram