'TERIMA kasih Malaysia'. Itu antara luahan dan ucapan ikhlas daripada kanak-kanak Palestin buat negara kita selepas menerima bantuan makanan pada Ahad.
Perkara itu dikongsikan Nurul Ain yang merupakan rakyat Malaysia menetap di Gaza ketika menyampaikan sumbangan makanan hasil kutipan derma diterima.
Dalam rakaman berdurasi 20 saat itu memaparkan wajah ceria kanak-kanak terbabit sambil mengibarkan bendera kebangsaan ketika beratur untuk mengambil makanan.
"Senyumlah anak-anak, Insya-ALLAH semuanya akan okey. Kepada penderma, terima kasih berkongsi rezeki dengan kita. Semoga dirahmati ALLAH," kata Nurul Ain.
Aktif dalam menjalankan kerja amal dan membantu penduduk yang terjejas dalam konflik Palestin-Israel, Nurul Ain kerap memuat naik situasi yang berlaku di sana.
Di ruangan komen rata-ratanya mendoakan agar keadaan di sana segera pulih dan dilindungi daripada sebarang ancaman kematian.
"Syukur tengok budak-budak di sana gembira tersenyum terima bantuan dari kita, harap mereka selamat dan kembali aman seperti sedia kala," kata Amir Syafiq.
"Bila ada anak yang jerit terima kasih Malaysia rasa nak peluk mereka. Ya ALLAH, kasihanilah mereka," ujar Qurratu’aini Khiruddin.
"Semoga kekal istiqamah dalam membantu rakyat di bumi Gaza, kami doakan agar semuanya selamat dan dilindungi selalu," tambah Irfan Roshdi.
Terdahulu, Nurul Ain turut berkongsi dirinya dan suami terpaksa menunggang kuda demi membeli barangan bantuan kepada penduduk Gaza. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,