[VIDEO] Orang ramai angkat kereta bantu bawa keluar budak motor terperosok bawah kenderaan


  • Tular
  • Khamis, 19 Okt 2023

Tangkap layar memaparkan keadaan orang ramai yang cuba mengangkat sebuah kenderaan untuk mengeluarkan mangsa yang berada di bawahnya.

SEORANG penunggang motosikal terperosok di bawah sebuah kenderaan selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan baru-baru ini.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berusaha mengangkat kereta tersebut untuk mengeluarkan mangsa.

Insiden yang berlaku di sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur itu dirakam pengguna jalan raya yang turut berada di lokasi kejadian dan dikongsikan di media sosial pada Khamis.

Berkat kerjasama orang ramai, mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah kereta tersebut.

Berdasarkan maklumat awal, penunggang motosikal itu kemudian dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, status terkini mangsa belum dapat diketahui sehingga kini.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kes terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram