[VIDEO] Pemandu teksi maut diseret 200 meter selepas cuba melawan perompak


  • Benua
  • Khamis, 12 Okt 2023

Tangkap layar insiden kematian membabitkan seorang pemandu teksi yang diseret sejauh 200 meter di sebuah jalan raya dekat Delhi, India.

SEORANG pemandu teksi maut selepas diseret sejauh 200 meter oleh sebuah kereta dalam satu insiden keganasan yang berlaku di Delhi, India pada Rabu.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa dirompak seorang individu yang cuba melarikan teksinya.

Cubaan untuk menghalang kelakuan itu bagaimanapun mengundang padah apabila dia kemudiannya dikasari dan ditolak sehingga terperosok ke bawah kereta sebelum suspek terus memandu laju di kawasan berkenaan.

Polis Delhi dilaporkan menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden itu kira-kira pukul 11.30 malam.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis mendapati mangsa dikenali sebagai Bijender, mati selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Meskipun sempat diberikan rawatan hospital, namun mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan kritikal.

Menurut polis, suspek cuba merompak teksi Bijender dan pergelutan yang berlaku telah mengakibatkan mangsa terjatuh dan diseret di bawah kenderaannya sehingga mati.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 dan 201 Kanun Keseksaan India dengan insiden itu diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan.

Polis kini sedang berusaha untuk mengesan suspek. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram