KEGIGIHAN seorang ibu yang gemar menyertai setiap peraduan diadakan di dalam negara ternyata tidak sia-sia apabila diumumkan sebagai antara pemenang hadiah minggunan untuk minggu ketiga dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Umy Syiffa Ahmad Lothfy, 38, berkata, sama seperti ketika menyertai peraduan lain yang banyak dianjurkan di Malaysia, dia sememangnya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi sebarang hadiah ditawarkan.
Namun dia terkejut dan gembira kerana berjaya memenangi hadiah minggunan memandangkan Sabtu merupakan hari jadinya.
"Semestinya saya sangat bahagia dan gembira, teruja sebab dia umumkan hari jadi saya semalam (Sabtu).
"Peraduan ini berbaloi kerana kita cuma bayar yuran langganan setahun RM30, dan dapat voucher serta hadiah macam ini lagi, sangat berbaloi.
"Saya pun dapat juga kebetulan rezeki itu bukanlah grand prize, tetapi sangat gembira sebab pertama kali terima memenangi peraduan.
“Apapun saya berdebar menantikan hadiah utama atau grand prize yang bakal diumum nanti," katanya kepada Majoriti sambil memberitahu bahawa dia mengetahui peraduan Langgan dan Menang Majoriti menerusi iklan daripada Starbucks.
Umy antara pemenang minggu ketiga kempen Langgan & Menang Majoriti.
Ibu kepada dua orang anak itu turut berasakan Majoriti menyediakan artikel berita-berita terkini selain memberi manfaat kepada keluarganya untuk menguasai penggunaan bahasa Melayu dengan sempurna.
"Saya suka baca artikel Majoriti, berita terkini semua ada dalam Majoriti dan saya juga galakkan anak saya untuk membaca bagi perbaiki bahasa Melayu.
"Saya rasa okay, sebab Majoriti bukan biasa-biasa artikel dia sebab itu saya minat untuk baca.
"Segmen 'Tular' yang paling saya minat, cara susunan bahasa dia pun kalau kita 'go through' dekat sosial media selalu negatif tapi Majoriti punya dia 'more' itu 'positive word', untuk bahan bacaan anak-anak sangat okay," jelasnya.
Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Orang ramai berpeluang untuk merebut hadiah ditawarkan dengan cara dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023.
Untuk butiran lanjut tentang Majoriti dan kempen, lawati pautan Kempen Langgan dan Menang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram