TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, seorang pensyarah, Dr Faridah Nazir, 55 tahun, tidak menyangka nasib menyebelahinya untuk memiliki hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Faridah merupakan salah seorang daripada 10 pemenang minggu ketiga kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Dia yang membawa pulang haruman Paco Rabanne Phantom EDT 100 ml meluahkan rasa syukur dan kegembiraannya dengan mengajak kawan dan keluarganya untuk menyertai kempen tersebut.
"Saya berasa sangat seronok ketika menyertai peraduan ini. Tidak sangka pula saya salah seorang pemenang mingguan. Terima kasih Majoriti.
"Saya memang telah maklumkan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan untuk menyertai kempen ini," katanya.
Menurutnya, ini kali pertama dia menyertai peraduan yang dianjurkan Majoriti dan sudah berjaya membawa pulang ganjaran lumayan yang cukup berbaloi.
"Saya agak terkejut apabila mendapat panggilan telefon menyatakan saya menang. Walaupun tidak sangka saya boleh menang, tetapi saya berasa seronok kerana kempen ini amat mudah untuk disertai," katanya.
Aqil Mujahid yang berjaya memenangi percutian ke Lexis Hibiscus, Port Dickson
Seorang lagi pemenang minggu ketiga, Aqil Mujahid, cukup teruja apabila berjaya memenangi percutian ke Lexis Hibiscus, Port Dickson selama dua hari satu malam di Panaroma Pool Villa.
Aqil yang tidak menyangka mampu memenangi hadiah kempen langgan dan menang Majoriti, meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui ganjaran tersebut diraih dalam masa yang singkat.
"Saya baru langgan portal Majoriti, tiba-tiba dapat e-mel dan panggilan telefon memaklumkan yang saya menang.
"Saya rasa macam tak percayalah, mampu menang percutian macam ni, untuk dua orang pula tu," katanya dalam nada teruja.
Dia yang bekerja sebagai rider penghantar makanan turut mengajak orang ramai menyertai kempen Langgan dan Menang Majoriti kerana ia amat mudah untuk disertai dengan mereka perlu melanggan portal Majoriti dan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik.
Antara hadiah lumayan yang ditawarkan meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan ke Taiwan bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.
Jangan risau! Bagi pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sepanjang 18 minggu kempen ini dijalankan.
Kempen ini turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.
Masih belum terlambat untuk menjadi sebahagian pemenang bertuah kempen ini kerana masih ada berbaki 16 minggu dan anda turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah utama yang ditawarkan.
Jadi apa tunggu lagi, jom langgan dan untuk maklumat lanjut sila kunjungi https://langgan.majoriti.com.my/majoriti2tahun/ — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram