'Saja cuba-cuba, sekali terpilih', eksekutif HR tak sangka rezeki terpijak


  • Bizz
  • Selasa, 26 Sep 2023

Nor Syazwani berjaya memenangi hadiah minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml.

PEMENANG minggu kelima, Nur Syazwani Amanina Mohad Puad, 29, mengimpikan hadiah utama berupa kondominium selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Syazwani yang juga Eksekutif Sumber Manusia sebuah syarikat swasta itu memenangi minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk mendapat hadiah utama.

"Siapa saja tidak mahukan menang kondominium, saya dalam banyak-banyak hadiah rasanya memang paling berharap menang kodominium berjumlah RM602,800 itulah," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-09-25 at 7.20.06 PM

Syazwani merupakan salah seorang pemenang kempen Langgan dan Menang minggu kelima.

Syazwani turut melafazkan rasa syukurnya kerana berjaya tercalon dan bertuah memiliki hadiah berjumlah RM395 itu, iaitu sebuah minyak wangi mahal.

"Saya memang terkejut bila dapat panggilan telefon beritahu saya menang hadiah mingguan.

"Tak sangka mampu menang, sebab biasa saya jarang bertuah nak menang hadiah macam ini.

"Waktu saya langgan itu, saya saja cuba, saya tengah bercuti ketika itu, tapi rupanya ada rezeki, Alhamdulillah," katanya.

Syazwani berkata, dia hanya mengambil masa yang singkat untuk bertuah memenangi hadiah mingguan.

"Saya baru sahaja langgan, tiba-tiba dapat panggilan beritahu saya menang hadiah, macam terkejutlah.

"Mudah sangat caranya, pergi ke laman web Majoriti lepas itu langgan sahaja," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram