TULAR sebuah video memaparkan seorang pemandu kereta Perodua Kenari yang dipercayai lari selepas terlibat dalam kemalangan di sebuah lebuh raya pada Isnin.
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter (X) oleh @nanmanjoi8715 menunjukkan seorang warga tempatan, dipercayai mangsa kemalangan mencuba menahan pemandu terbabit di tepi jalan raya.
Dalam rakaman yang sama, kereta pemandu itu dilihat mengalami beberapa kerosakan termasuk remuk di bahagian belakang termasuk tayar ketika kejadian.
Seorang lelaki yang dipercayai orang awam juga dilihat ingin memberitahu kepada mangsa berkenaan keadaan tayar kereta bahagian belakangnya yang sudah bocor itu.
Melalui video berdurasi 30 saat itu juga menunjukkan pemandu tersebut seakan-akan tidak memahami kejadian yang telah berlaku dan terus berlalu tanpa mempedulikan situasi yang berlaku pada waktu itu.
Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dinyatakan dan keadaan pemandu terbabit difahamkan dalam keadaan tidak baik.
Sementara itu, setakat berita ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram