Nahas dua kenderaan, dua termasuk budak maut, 11 cedera di Gerik


  • 112
  • Isnin, 02 Okt 2023

Kemalangan membabitkan dua buah kenderaan telah mengorbankan dua individu termasuk kanak-kanak di Gerik, Perak pada awal pagi Isnin. — Ihsan bomba

DUA individu termasuk seorang kanak-kanak maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan van di Gerik, Perak pada awal pagi Isnin.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Zulhelmi Bahari berkata, panggilan kecemasan dibuat pada pukul 2.32 pagi Isnin.

Beliau berkata, terdapat 11 orang dalam van itu terdiri daripada tiga lelaki, empat wanita dan empat kanak-kanak dan kesemuanya dilaporkan cedera.

Zulhelmi berkata, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki dan kanak-kanak yang menaiki kereta tersebut.

"Mayat telah diserahkan kepada polis dan semua yang cedera dihantar ke hospital," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram