[VIDEO] Dua anggota maut tercampak lori bomba kemalangan


  • Benua
  • Isnin, 02 Okt 2023

Tangkap layar kejadian kemalangan membabitkan anggota bomba di Kampung Pane, Indonesia pada Isnin.

DUA anggota bomba maut dan seorang cedera parah selepas kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) mereka terlibat dalam satu kemalangan kendiri ketika menjalankan tugas pada Ahad.

Menurut Ketua Balai Penyelamat Balai Bomba, Syahruman, dua anggota bomba yang maut ialah Ahmad Fathoni dan Nazar, manakala seorang lagi, Latu Muhammadin masih dirawat di Hospital Bima.

Ujar Syahruman, kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang dalam perjalanan untuk memadam sebuah kebakaran yang terjadi di Kampung Pane, Indonesia.

“Ketika itu jentera bomba tersebut cuba memotong kenderaan di hadapan dan berlaku kemalangan,” katanya.

Jelasnya lagi, apabila kemalangan itu berlaku, mereka terus dikejarkan ke Hospital Muhammadiyah untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Namun malangnya, nyawa kedua-dua anggota bomba itu tidak dapat diselamatkan.

“Kemalangan ini sudah tentu membawa kesedihan yang mendalam kepada kami.

“Kita sama-sama berduka atas kehilangan dua pahlawan yang telah menjalankan tugas mulia,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram