REZEKI yang tidak disangka-sangka buat Syazana Fatinah Mansor, 34, selepas terpilih sebagai salah seorang pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu kelima.
Meluahkan keterujaannya, Syazana yang merupakan seorang pekerja swasta menyatakan hasratnya untuk meluangkan masa berdua dengan suaminya selepas memenangi hadiah mingguan berupa percutian ke Lexis Port Dickson dua hari satu malam di Executive Water Chalet termasuk sarapan untuk dua orang.
"Pada mulanya memang kami berdua rancang nak bercuti di Lexis Port Dickson, tetapi kami tidak sangka akan dapat secara percuma begini," katanya kepada Majoriti.
Syazana, salah seorang pemenang kempen Langgan dan Menang Majoriti bagi minggu kelima.
Selain itu, Syazana turut tidak terkecuali dalam mengimpikan hadiah-hadiah utama yang ditawarkan selepas menyertai kempen Langgan dan Menang Majoriti.
"Saya kalau boleh memang nak sangat kondo, tetapi selain rumah saya juga mahukan tiket penerbangan ke Taiwan kerana kami berdua gemar melancong.
"Kami pun baru sahaja pergi ke Phuket, Thailand dan memang kami suka untuk teroka negara-negara lain," tambahnya.
Tidak melepaskan peluang untuk merebut hadiah utama, pemenang mingguan itu juga turut mengajak agar suaminya menyertai kempen tersebut.
"Saya memang suruh dia sertai sekali kempen ini supaya boleh menang sama-sama jika ada rezeki.
"Sebab bagi saya RM30 itu pun sangat berbaloi dengan hadiah yang saya dapat seperti baucar Starbucks dan Restoran Chef Wan, jadi sudah terbayar pun dengan apa yang saya langgan," katanya.
Bukan itu sahaja, Syazana yang mengidamkan hadiah utama mahu kempen ini untuk terus berjalan supaya lebih ramai lagi akan sertainya.
Antara hadiah lumayan yang ditawarkan meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram