TERKEJUT diumumkan sebagai pemenang mingguan, Ahmad Mirza Rizalluddin, 34, meluahkan keinginannya untuk memenangi hadiah-hadiah utama yang ditawarkan dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Ayah kepada dua orang anak lelaki itu tidak dapat menafikan bahawa hadiah mingguan berupa percutian ke Lexis Port Dickson selama dua hari satu malam di Premium Tower Room termasuk sarapan untuk dua orang sangatlah bermakna buat keluarganya.
Ketika ditanya tentang perasaannya memenangi hadiah tersebut, Ahmad Mirza mendedahkan, ia juga merupakan hadiah percutian terakhir untuk keluarga sebelum isterinya melahirkan anak ketiga Disember ini.
Pemenang hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti ke Port Dickson.
"Kalau ikutkan saya sudah beritahu anak-anak yang tahun ini punya perancangan untuk bercuti sudah habis memandangkan kami sekeluarga sudah ke Terengganu sebelum ini.
"Dan saya cadang mahu sambung bercuti selepas isteri saya melahirkan anak kami yang ketiga. Tetapi dengan secara tiba-tiba saya dapat hadiah ini, jadi saya pun teruja apabila beritahu anak-anak mengenai hadiah ini," katanya kepada Majoriti.
Menurutnya, percutian ke Port Dickson, Negeri Sembilan itu juga bagaikan rezeki terpijak untuk dia dan seluruh ahli keluarga terutama isteri yang sedang sarat ketika ini.
Pemenang yang menetap di Shah Alam itu turut mengimpikan hadiah utama yang berupa kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800 sebagai aset tambahannya kelak.
Menurutnya lagi, dia mengaku bahawa portal Majoriti mempunyai kelainan dari segi penyampaian sesuatu cerita serta bersifat lebih neutral dalam menyebarkan sesuatu maklumat.
Ahmad Mirza yang merupakan pengikut tegar portal Majoriti juga mengatakan bahawa RM30 yang dibayar untuk langganan portal bukan sesuatu yang merugikan kerana ia boleh dimanfaatkan selama setahun bagi mendapatkan berita-berita menarik.
Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Orang ramai berpeluang untuk merebut hadiah ditawarkan dengan cara dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram