SEORANG lelaki dipercayai warga asing disyaki kantoi mencuri minuman beralkohol di sebuah kedai serbaneka di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Difahamkan, kejadian tersebut bukan kali pertama dilakukan oleh individu berkenaan.
Berdasarkan video berdurasi 58 saat yang dikongsikan di laman X (Twitter) pada Isnin, pekerja kedai serbaneka itu mendakwa lelaki tersebut sebenarnya sudah pernah melakukan kegiatan mencuri di premis berkenaan sebelum ini.
"Dulu pun dia pernah curi, saya cam muka awak," kata pekerja itu.
Dalam pada itu, lelaki tersebut juga dilihat seperti berada di bawah pengaruh alkohol.
Ketika disoal oleh beberapa individu yang berada di situ, lelaki berkenaan mengakui perbuatan itu dilakukannya kerana dia tidak mempunyai wang.
Bagaimanapun, tarikh kejadian dan status sebenar lelaki berkenaan masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram