[VIDEO] Macam kena pukau, cashier tak sedar warga asing rampas duit kat tangan di pasar raya Kota Tinggi


  • Tular
  • Sabtu, 23 Sep 2023

Tangkap layar dua individu lelaki warga asing menjalankan kegiatan mencuri di sebuah pasar raya dekat Kota Tinggi, Johor.

DUA lelaki warga asing dirakam menjalankan kegiatan mencuri wang di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Tinggi, Johor pada Khamis.

Ketika kejadian, salah seorang daripadanya terlebih dahulu meluru ke arah kaunter bayaran dipercayai ingin membuat pertukaran wang.

Situasi berubah sebaik individu berbaju hitam dan berseluar pendek itu mula merampas wang daripada juruwang wanita terbabit.

Menggunakan kekasaran dan menepis sebaik perbuatannya cuba dihentikan, insiden itu turut menarik perhatian seorang lagi juruwang di sebelah yang kemudiannya tampil membantu.

Namun, kegiatan itu turut dibantu seorang lagi rakannya yang cuba mengalihkan perhatian orang ramai yang sekali gus memudahkan si pelaku melarikan wang tersebut.

Seperti tidak menyedari kejadian terbabit, rata-rata warganet mendakwa kedua-dua warga asing berkenaan menggunakan ilmu pukau.

"Macam kena pukau, dia datang nak tukar duit lepas itu selamba rampas dan pergi macam itu je, semua yang di situ tak perasan ke," kata Syahir Zaki.

"Sindiket asing ni memang berleluasa, semakin berani buat dekat tempat terbuka, ilmu pukau pun mereka ada jadi memang tak takut apa dah," ujar Muiz Hashim.

"Mustahil orang ramai dan juruwang itu boleh lepaskan dia pergi macam itu, banyak duit yang dia ambil takkan tak perasan hilang," jelas Farahin Kamal.

Kejadian itu meraih perhatian ramai apabila pasar raya berkenaan turut memuat naik video tersebut di laman Facebook pada Khamis.

Namun, masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung perkara berkenaan setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram