SATU kemalangan tragis berlaku melibatkan dua penunggang p-hailing selepas kedua-duanya terbabas dan terjatuh di sebuah jalan raya pada Rabu.
Kejadian berlaku apabila salah seorang daripadanya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di laluan berkenaan.
Menunggang laju di laluan tersebut, individu terbabit hilang imbangan dan terpelanting akibat rempuhan tersebut.
Namun, insiden itu tidak terhenti di situ apabila seorang lagi penunggang turut terlibat dalam kemalangan sama apabila berlanggar dengan mangsa pertama.
Dirakamkan menerusi kamera dashcam, kejadian itu meraih lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini.
Warganet di ruangan komen menganggap kemalangan itu berpunca akibat kesalahan si pemandu yang membuat pusingan U di laluan tidak sepatutnya.
"Salah pemandu kereta itu kerana buat pusingan di laluan yang salah, tak pasal-pasal dua rider tersungkur di situ," kata Azmir Husin.
"Sehati sejiwa penunggang p-hailing, seorang jatuh kawan dia pun terlibat sama," ujar Syahril Ishak.
"Mangsa pertama rempuh kereta, yang kedua pula tak sempat tekan brek, tak pasal-pasal dua rider kemalangan disebabkan pemandu tak bertauliah," tambah Naufal Manla.
Namun, lokasi sebenar kejadian tidak dinyatakan dengan pihak polis juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram