[VIDEO] Berang selamba buang tin lepas minum depan kedai, pemilik premis kaw-kaw tibai warga asing di JB


  • Tular
  • Jumaat, 22 Sep 2023

Tangkap layar kekecohan berlaku melibatkan seorang lelaki dan sekumpulan warga asing di Johor Bahru, Johor.

SEORANG lelaki dipercayai pemilik premis gagal mengawal kemarahannya apabila bertindak mengasari warga asing yang didakwa membuat sepah dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Johor Bahru, Johor pada Rabu.

Ketika kejadian, sekumpulan pendatang pada mulanya dirakam sedang berehat sambil minum di kedai lelaki terbabit.

Namun, perbuatan kumpulan itu yang dilihat membuang sampah merata mengundang kemarahan individu terbabit yang kemudiannya terus menendang kaki salah seorang warga asing terbabit.

Rakaman kejadian dikongsikan di laman media dan hangat diperkatakan warganet.

Tidak menampilkan sebarang reaksi melawan, warga asing itu terpaksa akur sebaik diarahkan untuk membuang sampah di tong sampah berhampiran.

Menyifatkan golongan pendatang semakin besar kepala, rata-rata warganet menyokong perbuatan berani individu terbabit.

"Bagus abang ini berani, dengan warga asing ini tak boleh bagi muka sebab makin besar kepala semuanya," kata Zamri Umar.

"Tak ada adab langsung warga asing, selamba buang sampah macam dekat negara dia, memang patut kena tibai," ujar Adam Zaki.

"Puas hati aku tengok dia tibai bangla itu, suka hati je buat sepah lepak depan kedai orang," jelas Asyraf Ghazali.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membuat laporan di balai berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram