SEBUAH lori membawa muatan beras dirakam terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan kawasan Pedas, Negeri Sembilan pada Khamis.
Dalam satu video tular di laman media memaparkan kenderaan itu terbalik yang sekali gus mengakibatkan puluhan kampit beras pecah dan bertaburan atas jalan raya.
Dengan isu harga beras import yang membelenggu rakyat ketika ini, ia sekali gus mengundang pertikaian warganet yang menyoal ke manakah destinasi bekalan itu ingin dibawa.
Di ruangan komen, seorang individu tampil mengesahkan ia merupakan kejadian baharu dan bukan fitnah semata-mata.
"Tak boleh nak putar ayat kata itu video lama, suami saya lalu jalan situ semasa kemalangan, ada rakaman cuma dia malas nak sebarkan je.
"Kejadian berlaku pada pagi Khamis," katanya.
Dalam pada itu, ruangan komen dihujani pelbagai spekulasi dan kecaman daripada warganet.
"Banyak beras tempatan tapi sayang dibazirkan dan kemalangan, macam mana rakyat tak memberontak kalau bekalan disia-siakan," kata Jonatom56.
"Bukan beras tak cukup, tapi ada pihak yang larikan stok dan lihatlah kuasa tuhan, terbabas kemalangan lori itu," ujar Haidar Dean.
"Pokok pun tak izinkan lori hantar beras ke tempat lain, mesti ada hikmah tuhan nak tunjukkan kebenaran," jelas Bukhoriahmad.
Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram