[VIDEO] Kemalangan lori terbalik di Pontian, tindakan pantas selamatkan pemandu raih perhatian warga maya


  • Tular
  • Selasa, 19 Sep 2023

Tangkap layar keadaan sebuah lori dalam keadaan terbalik selepas terlibat dalam kemalangan berhadapan Klinik Ayer Baloi, Pontian, Johor pada Selasa.

SEORANG pemandu lori mengalami kecederaan selepas kenderaan berat yang dipandunya terbalik dalam satu kemalangan berhadapan Klinik Ayer Baloi, Pontian, Johor pada Selasa.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Telegram Info Semasa Official pada hari yang sama.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian dilihat cuba membantu mengeluarkan mangsa daripada lori tersebut.

Terdapat juga individu yang cuba menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian dan status mangsa ketika ini masih belum dapat dipastikan.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram