[VIDEO] Terperanjat nak elak lori tunda, penunggang motor tertekan brek depan jatuh tersembam cium jalan di Kuching


  • Tular
  • Isnin, 18 Sep 2023

Tangkap layar video seorang penunggang motosikal tersembam ke atas jalan selepas cuba mengelak daripada melanggar sebuah lori di hadapan dekat Jalan Astana, Kuching, Sarawak pada Isnin.

SEORANG penunggang motosikal dipercayai mengalami kecederaan selepas terlibat dalam satu kemalangan ekoran cuba mengelak daripada melanggar sebuah lori tunda yang secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya di tengah-tengah jalan raya di Jalan Astana, Kuching, Sarawak.

Kemalangan tersebut juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis sebuah bangunan berhampiran lokasi kejadian dan berdasarkan data yang dipamerkan CCTV tersebut, kejadian itu berlaku pada pukul 1.20 petang Isnin.

Melalui video berdurasi 35 saat itu, keadaan jalan juga agak licin ekoran daripada cuaca hujan pada hari tersebut.

Kedua-dua kenderaan dan motosikal itu sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing sebelum lori berkenaan secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya.

Penunggang motosikal tersebut dilihat terjatuh selepas cuba mengelak daripada melanggar belakang lori itu.

Lebih malang lagi, dia juga dilihat terseret beberapa meter sebelum dibantu oleh orang awam yang keluar daripada premis bangunan berhampiran.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mangsa mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram