[VIDEO] Bertikam lidah depan kuil, 3 lelaki mengganas guna kerusi plastik di Bukit Mertajam kena cekup


  • 112
  • Selasa, 19 Sep 2023

Tangkap layar pergaduhan berlaku di sebuah kuil dekat Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Ahad.

TIGA lelaki tempatan ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah kuil dekat Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menahan ketiga-tiga lelaki berusia antara 21 hingga 25 tahun itu di kawasan kuil tersebut.

Terdahulu, dua rakaman video mengenai pergaduhan itu tular di laman Twitter kira-kira pukul 10.15 pagi Isnin.

Katanya, video berdurasi 27 dan 14 saat itu mendapat 37 tanda sukaan, tiga komen serta 15 ciapan semula.

"Siasatan polis mendapati, kejadian berlaku pada 17 September, kira-kira pukul 12.05 tengah malam ketika orang ramai sedang menyambut satu upacara keagamaan di kuil berkenaan.

"Dalam kejadian itu, mereka yang terlibat dengan pergaduhan tersebut juga didapati menggunakan tangan dan kerusi (sebagai senjata)," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Tambah Cheng San, punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu gaduh gempar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram