[VIDEO] Berani 'sound' polis, pemandu lori dakwa trak tentera halang jalan, lalu lorong kanan di lebuh raya


  • Tular
  • Selasa, 19 Sep 2023

Tangkap layar individu terbabit memprotes tindakan beberapa buah trak tentera memandu di lorong kanan lebuh raya dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh, Perak.

SEORANG pemandu lori menghina dan mencerca kenderaan tentera dan polis di lebuh raya dari Kuala Kangsar menghala ke Ipoh, Perak kerana memandu di lorong kanan laluan terbabit pada Isnin.

Dalam satu rakaman tular di laman media memaparkan kenderaan tentera berkenaan sedang bergerak secara konvoi dengan beberapa lagi buah trak tentera turut kelihatan memandu di laluan sama.

Namun, situasi itu nyata mengundang kemarahan si perakam yang terus meninggikan suara dan menekan hon sebagai tanda protes terhadap pergerakan konvoi tersebut.

Namun, segelintir pihak berpendapat individu terbabit perlu didakwa atas kesalahan memandu sambil menggunakan telefon pintar.

"Jangan nak kutuk tentera sangat, kau itu memandu sambil main telefon pintar lagi bahaya, jarap polis ambil tindakan segera," kata Amen Naqeb.

"Memang kenderaan askar akan ikut lorong kanan, itu wajib sebab mereka berkonvoi dan ada polis iringi mereka, jangan salahkan askar lagi pun bukan selalu mereka lalu di laluan awam," ujar BoboyCreed99.

"Ada orang main telefon ketika memandu, PDRM mohon tangkap segera kerana menghina polis dan tentera," jelas Aisya Yazmeen.

"Nak bising lebih tapi dia sendiri main telefon pintar memandu secara berbahaya, ada la sebabnya tentera konvoi di laluan kanan hormatlah sikit," tambah Hassney.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyatan polis berhubung perkara tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram