PASANGAN pengantin yang menyebabkan kebakaran di Bukit Teletubbies, Gunung Bromo, Indonesia baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf kepada wakil penduduk dari suku Tengger pada Jumaat.
Ketua Kampung Ngadisari, Daerah Sukapura, Kabupaten Probolinggo, Sunaryono berkata, kedatangan pasangan pengantin itu disambut baik di Balai Desa Ngadisari, Indonesia.
Kedatangan mereka terdiri daripada keluarga terdekat dan wakil kru penganjur yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Suyono berkata, tanpa permohonan maaf, pihaknya telah memaafkan kesalahan mereka dan menganggap ia bersesuaian dengan perwatakan suku kaum Tengger.
Malah pasangan itu turut memohon maaf kepada Presiden Indonesia atas kejadian itu.
"Sebenarnya sebelum mereka meminta maaf, kami telah memaafkan apa yang berlaku," kata Sunaryono.
Bagaimanapun, walaupun pintu pengampunan telah terbuka sejak awal, dia berkata, pihaknya masih berharap agar proses undang-undang diteruskan.
"Bagi kami, kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah jadi kita mesti bijak.
"Macam nasi dah jadi bubur, di masa akan datang si pelaku mesti lebih berhati-hati begitu juga dengan pihak lain yang terlibat," jelasnya.
Untuk rekod, kebakaran Bukit Teletubbies berlaku pada Rabu (6 September) hingga Ahad (10 September) akibat nyalaan api daripada sambutan pra-perkahwinan di Blok Savana, Ngadirejo, Kampung, Daerah Sukapura, Indonesia.
Sambutan itu dijalankan oleh enam individu dengan lima daripadanya merupakan saksi termasuk bakal pengantin dikenali sebagai HP, 39, dan pengantin perempuan PMP, 26, dari Daerah Ilir Barat, Kota Palembang, Indonesia.
Selain itu, beberapa kru terlibat adalah MGG, 38, dari Kedungdoro, Surabaya, Indonesia; ET, 27, dari Klampis Ngasem, Sukolilo, Surabaya; dan ARVD, 34, dan jurusolek dari Tandes, Kota Surabaya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram