[VIDEO] Sampai jatuh tersembam, sekumpulan samseng dirakam tendang, tumbuk seseorang di Penampang


  • Tular
  • Jumaat, 26 Mei 2023

Tangkap layar sekumpulan lelaki menumbuk dan menendang seorang individu di Penampang pada Jumaat.

TINDAKAN sekumpulan lelaki menumbuk dan menendang seorang individu kini mulai tular di media sosial pada Jumaat.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Penampang, Sabah itu kelihatan mangsa dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan punca sebenar tercetusnya pergaduhan tersebut. Kejadian itu juga turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan dimuat naik semula di laman Facebook Info Lalu Lintas Sabah.

Dalam video berdurasi 29 saat itu, kelihatan sekumpulan lelaki berkenaan seperti 'naik hantu' tanpa henti menendang dan memukul mangsa.

Lebih menyedihkan, kesemuanya dilihat mengambil giliran menendang mangsa yang terbaring di atas lantai.

Malah, ada sampai ada yang jatuh tersembam ketika menendang dan memukul mangsa.

Turut dilihat dalam video berkenaan seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

"Sudah, sudah, sudah," katanya sambil menolak sekumpulan individu berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan sekumpulan lelaki berkenaan kerana dianggap bacul memukul orang secara berkumpulan.

"Pondan juga yang memukul itu. Dua orang sahaja mau enam, tujuh orang orang pukul. Gangster lagi dua orang itu," kata Kent Ikk.

"Baju putih paling gangster tahi kucing. dia yang tendang, dia yang jatuh. Sekolah mana dia belajar menendang? Geram pula aku tengok dia itu," kata Simai Mai.

Sementara itu, Un Dhai berharap agar sekumpulan lelaki berkenaan diberkas pihak polis dalam masa terdekat.

"Mudah-mudahan polis tangkap semua yang terlibat. Memalukan ibubapa sahaja dengan perangai seperti itu.

"Apa perasaan kamu kalau suatu hari nanti adik-beradik atau sepupu atau saudara diperlakukan seperti itu? Adakah kamu akan tersenyum dan ketawa atau gembira?

"Kalau hari ini kau rasa kau hebat, di luar sana ramai yang lagi hebat. Harap jauh lagi perjalanan hidup kamu adik-adik. Supaya kamu dapat belajar dan lalui bermacam lagi pengalaman," tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram