TIDAK sampai 24 jam mendaftar, Mohammad Yasir Jaafar, 43 terkejut selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Dia yang memenangi hadiah percutian ke Lexis Port Dickson dua hari satu malam di Premium Water Chalet termasuk sarapan untuk dua orang, juga tidak menyangka akan menjadi salah seorang pemenang bertuah.
"Kali ini betul-betul rezeki saya kerana sebelum ini pernah masuk juga pertandingan dan peraduan lain tetapi tak pernah menang.
"Tidak sampai 24 jam selepas saya melanggan, pihak Majoriti sudah hubungi dan maklumkan bahawa saya terpilih sebagai pemenang mingguan
"Jadi saya rancang memang nak bawa ahli keluarga termasuk anak-anak ke percutian tersebut," katanya kepada Majoriti.
Mohammad Yasir antara pemenang bertuah hadiah percutian ke Lexis Port Dickson.
Pada masa yang sama, Yasir juga menyatakan bahawa proses langganan dan penyertaan kempen Langgan dan Menang Majoriti begitu mudah dan sangat berbaloi untuk disertai.
"Bagi saya, kempen ini sangat berbaloi sebab dengan hanya bayar RM30, siapa sangka boleh dapat hadiah lumayan.
"Kalau nak ikutkan, harga hadiah yang ditawarkan itu lebih daripada harga langganan.
"Hadiah seperti baucar minuman dan makanan eksklusif pun memang pasti akan dapat selepas langgan," tambahnya.
Bukan itu sahaja, Yasir yang juga seorang bekas pengamal media juga sempat berkongsi tentang pandangannya terhadap kandungan berita yang terdapat dalam portal Majoriti.
"Bagi saya, portal ini sangat bagus dan sentiasa menyajikan berita-berita terkini.
"Saya pun pengikut portal ini dan saya memang minat dengan berita-berita sukan terutamanya bola sepak dalam negara," katanya.
Dalam pada itu, Yasir yang kini seorang pengusaha kebun cili secara fertigasi juga teruja dengan hadiah yang ditawarkan itu juga tidak menolak untuk mengajak ahli keluarga yang lain bagi menyertai kempen ini.
"Selepas ini memang saya beritahu keluarga untuk sertai kerana tidak salah untuk mencuba nasib," katanya
Kempen Langgan dan Menang Majoriti turut menawarkan hadiah utama yang cukup lumayan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Untuk butiran lanjut tentang kempen ini, lawati pautan kempen Langgan dan Menang Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram