'Senang! 3 step dah menang', pemenang percutian ke PD teruja mahu rebut hadiah utama


  • Bizz
  • Ahad, 17 Sep 2023

Hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti menawarkan ganjaran termasuklah haruman berjenama mewah, pakej percutian, jam tangan dan banyak lagi.

TERUJA dengan hadiah mingguan yang cukup menarik, seorang pekerja swasta, Mohamad Syamil Mahamud, 26, tidak menyangka nasib menyebelahinya selepas meraih salah satu hadiah yang ditawarkan dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Syamil merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu keempat kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang berjaya mendapatkan percutian ke Lexis Hibiscus Port Dickson selama dua hari satu malam di Premium Pool Villa, meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui ganjaran tersebut diraih dalam masa yang singkat.

"Saya sangat gembira dan terkejutlah. Mula-mula itu, macam tak percaya bila dapat panggilan telefon dari Star Media Group, selepas itu, tertanya-tanya betul ke menang.

"Sekali, dapat pemberitahuan menerusi e-mel dan masa itu saya punya perasaan rasa nak menjerit sebab sangat tak sangka mampu jadi pemenang mingguan," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-09-15 at 9.54.55 PM

Syamil cukup teruja selepas memenangi hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Syamil mengakui tidak sukar untuk memenangi hadiah mingguan kerana langkah-langkah yang perlu diikuti cukup mudah untuk dilakukan,

"Sangat-sangat mudah. Layari laman web peraduan, langgan sebanyak RM30 dah boleh menang. Tiga steps (langkah) sahaja dan sekali langganan selama setahun. Bagi saya, harga ini sangat berbaloi dengan apa yang saya dapat," katanya.

Syamil turut meluahkan keinginannya merebut peluang menjadi pemenang hadiah utama.

"Mula-mula saya fikir macam susah nak menang hadiah utama, tetapi mana tahu rezeki.

"Lagi-lagi, hadiah utama yang ditawarkan sebuah rumah yang sangat cantik di lokasi cukup strategik pula tu. Malah, saya tengok harganya pun lebih daripada setengah juta (RM602,800)," katanya.

Selain itu, Syamil juga memuji laman portal berita Majoriti dalam menyebarkan maklumat berita yang bermanfaat dan tepat kepada pembaca.

"Saya lihat isi kandungan Majoriti sangatlah mesra pengguna, saya suka baca waktu sebelum masuk kerja dan juga waktu tengah bersantai," katanya.

Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan yang ditawarkan meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan ke Taiwan bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.

Jangan risau! Bagi pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sepanjang 18 minggu kempen ini dijalankan.

Kempen ini turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.

Jadi apa tunggu lagi, jom langgan dan untuk maklumat lanjut sila kunjungi kempen Langgan dan Menang Majoriti.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram