BAGAIKAN tidak percaya! Itu luahan seorang jurutera, Loh Kim Sing, 44 tahun apabila terkejut dipilih sebagai salah seorang pemenang hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Dia yang pada mulanya tidak yakin terhadap kempen ini meluahkan kegembiraannya setelah memenangi haruman Paco Rabanne Phantom EDT 100ml.
Ketika ditanya tentang minatnya untuk menyertai kempen ini, dia mengaku tertarik untuk melanggan kerana berpeluang memenangi hadiah utama.
Pemenang hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
"Rasa sangat teruja kerana saya hanya bayar RM30 boleh dapat peluang menang sebuah kondominium," katanya kepada Majoriti.
Sebagai pelanggan tetap jenama Starbucks, Kim Sing juga sering membaca kandungan artikel yang dimuat naik oleh Majoriti, iaitu portal berbahasa Melayu yang diperkenalkan Star Media Group pada 2021.
"Antara banyak-banyak berita, berita tentang isu semasa paling saya gemar baca berbanding hiburan," katanya.
Bagi seorang lelaki berbangsa Cina ini, dia yang jarang sekali membaca artikel bahasa Melayu mengaku ia sangat membantu memahirkan penggunaan bahasa.
"Bahasa Melayu senang difahami jadi portal ini sangat bagus untuk saya tambah baik penggunaan bahasa Melayu," tambahnya.
Selain itu, katanya, hadiah yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan tiada unsur penipuan.
Kempen yang berbaki 15 minggu ini turut menawarkan pelbagai hadiah menarik yang berpeluang dimenangi setiap minggu.
Kempen ini dijalankan dengan kerjasama penaja utama OSK Property selain Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram