PELABURAN yang dianggap amat berbaloi bagi seorang guru, Mohd Azerul Qifendie Abdullah, 43, selepas terpilih sebagai salah seorang pemenang kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu keempat.
Mohd Azerul yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, Kelantan juga tidak dapat menyorokkan perasaan gembiranya ketika dihubungi Majoriti.
Menurutnya, harga langganan portal Majoriti selama setahun sangat berbaloi kerana dia kini berpeluang untuk menerima pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800.
Mohd Azerul teruja menjadi sebahagian daripada pemenang kempen Langgan dan Menang Majoriti.
"Harga tawaran pun sangat murah, RM30 sahaja. Jadi bagi saya, sebagai golongan berpendapatan tetap ini sangat berbaloi untuk melabur sedikit dan menang hadiah lumayan.
"Bukan itu sahaja, semestinya saya nak menang hadiah utama dan jika dapat, saya mahu jadikan ia sebagai aset pelaburan pada masa akan datang.
"Memandangkan saya menetap di Kelantan sekarang, kalau saya ada rumah di Selangor, tidaklah saya bersusah payah menyewa hotel untuk ke sana nanti," katanya.
Dalam pada itu, pemenang hadiah mingguan berupa beg galas American Tourister Zumba itu turut berkongsi perasaan terujanya apabila diumumkan sebagai pemenang dalam tempoh singkat selepas melanggan.
"Saya memang terkejut dan tidak menyangka secepat ini boleh menang kerana saya baru sahaja melanggan Majoriti kira-kira seminggu yang lepas," tambahnya.
Selain itu, Mohd Azerul sempat memberi pandangannya tentang kandungan berita yang terdapat dalam portal Majoriti.
"Setakat yang saya tengok sekali imbas, seronok juga baca kandungan berita yang ada dalam portal ini.
"Kandungan berita seperti hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan juga memang saya galakkan untuk murid-murid sekolah baca.
"Disebabkan saya seorang guru, jadi apabila habis kerja dan balik rumah baru ada masa untuk baca informasi yang dikongsi dalam portal ni," katanya.
Pada masa sama, Mohd Azerul juga tidak menafikan bahawa portal ini boleh berkembang dengan maju jika dapat dimuat turun sebagai satu aplikasi.
"Bagi saya portal Majoriti akan lebih bagus jika ada aplikasi sendiri, jadi senang untuk saya terima segala informasi dengan lebih cepat," jelasnya.
Sementara itu, kempen Langgan dan Menang Majoriti ini juga masih berlangsung dan akan berakhir pada 20 Disember 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram