TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, Pengurus Kanan Pengangkutan Kontena, Percival Gabriel, 53, tidak menyangka nasib menyebelahinya untuk memiliki hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Percival merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu keempat kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Dia yang membawa pulang jam tangan Braun Buffel berkata, ini kali pertama dia menyertai peraduan yang dianjurkan Majoriti dan sudah berjaya membawa pulang ganjaran lumayan yang cukup berbaloi.
"Terujalah, memang terkejut, terima panggilan dari Star Media Group tu memang tak disangkalah.
"Saya bagitahu kawan-kawan semua terutama kawan-kawan rapat pasal Majoriti," katanya.
Percival mengakui hanya dengan langkah mudah yang dilakukan, dia sudah berjaya untuk memenangi hadiah mingguan.
"Memang mudah nak menang, langgan je, automatik berpeluang menang kan," katanya.
Percival yang sememangnya sedang mencari portal berita untuk dilanggan berasa bertuah dapat menjumpai portal berita ini melalui kempen Langgan dan Menang Majoriti.
"Memang diri sendiri berminat nak join, memang saya nak langgan berita dalam bahasa Malaysia, jadi saya jumpa Majoriti ini memang saya langgan terus," katanya.
Dia turut meluahkan rasa kepuasan terhadap portal berita Majoriti yang dilanggan ini.
"Saya selalu mengikuti berita-berita Majoriti.
"Saya rasa memang cukup menariklah, terutama berita sukan sebab saya suka tengok berita sukan macam bola sepak. Selain itu, saya suka tengok isu-isu luar negara," katanya.
Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan yang ditawarkan meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan ke Taiwan bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.
Jangan risau! Bagi pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sepanjang 18 minggu kempen ini dijalankan.
Kempen ini turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.
Jadi apa tunggu lagi, jom langgan dan untuk maklumat lanjut sila kunjungi kempen Langgan dan Menang Majoriti.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram