[VIDEO] Penduduk Batu Pahat gempar penemuan mayat lelaki terapung dalam sungai


  • Tular
  • Ahad, 17 Sep 2023

Tangkap layar penemuan mayat lelaki terapung di dalam sungai dekat Parit Lapis Sempadan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada Ahad.

PENDUDUK digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sungai dekat Parit Lapis Sempadan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada Ahad.

Melalui perkongsian awal orang awam, mayat tersebut dipercayai merupakan seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam satu kemalangan.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kemalangan tersebut berlaku dan sama ada ia kemalangan sendiri atau melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi rakaman video berdurasi 59 saat yang ditularkan pada hari sama, kelihatan beberapa orang anggota bomba sedang membawa naik mayat tersebut dan motosikal miliknya ke darat.

Orang awam turut kelihatan mengerumuni lokasi kejadian.

WhatsApp Image 2023-09-17 at 14.28.06

Pihak bomba sedang membawa naik mayat tersebut ke darat.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram