Ada kesan cedera pada mayat, wanita maut disyaki didera suami di Jeram


  • 112
  • Rabu, 13 Sep 2023

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada Rabu untuk pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SEORANG wanita meninggal dunia disyaki didera oleh suaminya di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram pada 2 September, kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa.

Beliau berkata, pihak polis menerima maklumat daripada penolong pegawai perubatan tentang seorang wanita berusia 38 tahun yang tidak sedarkan diri disyaki telah meninggal dunia pada kira-kira 4.00 petang.

”Hasil pemeriksaan awal yang dibuat ke atas mayat mangsa oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ekoran daripada maklumat itu, polis telah membuat tangkapan terhadap suspek iaitu suami mangsa berumur 35 tahun pada keesokannya dan ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 September.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada Rabu untuk pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram