[VIDEO] Wanita maut tercampak, dihempap kenderaan sendiri dalam kemalangan di Sarawak


  • 112
  • Khamis, 14 Sep 2023

Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang dihempap oleh kenderaan dipandu mangsa dalam nahas jalan raya di Jambatan Sungai Rayang, Jalan Serian-Kuching pada Rabu. — Bomba

SEORANG wanita maut selepas kereta pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux terlibat dalam satu kemalangan kendiri di kawasan Jambatan Sungai Rayang Jalan Serian-Kuching, Sarawak pada Rabu.

Dalam kejadian kemalangan ngeri tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Nalasip Adoh, 44 tahun maut di tempat kejadian.

Menurut, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, dalam kejadian 8.37 malam itu, mangsa tercampak keluar dan dihempap kenderaan sendiri selepas dipercayai hilang kawalan.

"Sementara itu, seorang lagi mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan terselamat dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, selepas melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian, komander operasi mengarahkan anggotanya mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kenderaan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seterusnya pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari KKM yang menjalankan pemeriksaan," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram