[VIDEO] Rempuh rumah sampai tembus dinding, polis buru pemandu 'hilang' di kampung Cidomas


  • Benua
  • Sabtu, 16 Sep 2023

Tangkap layar kemalangan membabitkan sebuah kenderaan van yang merempuh rumah di Kampung Cidomas RT 3 RW 8 Desa Sukarame, Daerah Caringin Garut, Indonesia.

SEBUAH rumah mengalami kerosakan teruk apabila dirempuh kenderaan van di Jalan Raya Bungbulang Garut, Kampung Cidomas RT 3 RW 8 Desa Sukarame, Daerah Caringin Garut, Indonesia pada Jumaat.

Difahamkan, pemandu van tersebut kemudiannya terus melarikan diri selepas daripada kejadian dan pihak polis sedang memburu si pelaku.

Ketua Polis Garut, AKBP Rohman Yonky Dilatha berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 2 petang dan pemandu difahamkan telah melarikan diri.

"Bas mini jenis Xenia berwarna putih bernombor pendaftaran D 1715 YTQ itu tiba-tiba merempuh rumah milik Ahdan, 45.

Sementara itu, seorang lelaki dikenali sebagai Dede Wida, 14, cedera dan segera dikejarkan ke Pusat Kesihatan Masyarakat Caringin untuk rawatan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan polis dan sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram