Isu GST akan terjawab pada Isnin — Ahmad Maslan


  • Massa
  • Khamis, 14 Sep 2023

Isu GST akan terjawab di Parlimen Dewan Rakyat pada Isnin. — Gambar hiasan

KERAJAAN akan menjawab pertanyaan sama ada akan mengembalikan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada Isnin (18 September), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, maklum balas daripada Ahli Parlimen telah diterima dan perkara itu akan dibincangkan di Dewan Rakyat.

"Saya akan jawab pada hari Isnin kerana ia telah dibangkitkan beberapa kali oleh beberapa orang dalam ucapan mereka di Parlimen.

"Pada Rabu, saya telah berjumpa dengan Ahli Parlimen kerajaan untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai Bajet 2024.

"Sebilangan daripada mereka hadir dan terdapat persoalan yang dibangkitkan berhubung GST.

"Saya telah memaklumkan kepada semua bahawa saya akan memberikan jawapan pada Isnin selepas selesai sesi dengan Pejabat Perdana Menteri," katanya memetik laporan Sinar Harian.

PUTRAJAYA, 14 Sept -- Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berucap pada majlis pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2023 di Institut Penilaian Negara (INSPEN) hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ahmad Maslan akan menjawab segala pertanyaan berhubung cukai GST pada Isnin. — Bernama

Pada 7 September, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menggesa Putrajaya memperkenalkan semula GST dengan beberapa penambahbaikan seperti senarai pengecualian, pembekalan berkadar sifar dan pemberian bantuan kewangan kepada golongan miskin dengan peningkatan hasil kerajaan.

Saranan beliau itu disokong oleh beberapa pakar ekonomi yang bersetuju bahawa GST hanya perlu dihidupkan semula sekiranya terdapat mekanisme yang lebih jelas mengenai pelaksanaannya.

Pada Isnin, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kerajaan terbuka untuk memperkenalkan semula GST sebagai salah satu strateginya untuk meluaskan asas hasil bagi mencapai kemampanan fizikal. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram