[VIDEO] Agensi CIA didakwa rasuah penganalisis, mengaku Covid-19 bukan dari Wuhan


  • Benua
  • Rabu, 13 Sep 2023

Pakar penganalisis menjalankan siasatan berhubung asal usul wabak Covid-19 di China. — Agensi

AGENSI CIA didakwa telah merasuah pakar penganalisisnya untuk mengesahkan wabak Covid-19 bukannya berasal dari makmal Wuhan, China.

Menurut salah seorang pegawai daripada agensi perkhidmatan veteran, CIA telah menugaskan seramai tujuh pegawai dalam Pasukan Penemuan Covid-19.

Dalam siasatan dijalankan, enam daripadanya percaya bahawa wabak terbabit bukan berasal dari Wuhan dengan seorang lagi turut mendakwa Covid-19 menular secara semula jadi.

Namun, menurut pemberi maklumat, enam individu terbabit diberikan insentif kewangan untuk menukar keputusan siasatan yang sebenar.

Sehubungan itu, CIA menafikan pihaknya terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah dan akan menyiasat dakwaan tersebut.

"Di CIA, kami komited kepada piawaian tertinggi, ketegasan analitik, integriti dan objektiviti.

"Kami tidak membayar penganalisis untuk mencapai kesimpulan khusus dan memandang serius dakwaan ini serta akan menelitinya," kata pengarah hal ehwal awam Tammy Kupperman Thorp dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, penggubal undang-undang menetapkan tarikh akhir pada 26 September untuk CIA menyerahkan semua rekod yang melibatkan Pasukan Penemuan Covid-19 dan semua komunikasi dengan FBI, Jabatan Negara, Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia dan Jabatan Tenaga mengenai perkara itu.

Sehingga September, kira-kira tujuh juta orang telah meninggal dunia sejak virus itu melanda seluruh dunia pada 2020. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram