[VIDEO] Dengarnya nak tuntut keadilan, polis Sarawak siasat punca rusuhan sampai 2 cedera, kereta rosak di belakang Pejabat Daerah Kanowit


  • 112
  • Rabu, 13 Sep 2023

Tangkap layar insiden rusuhan berlaku di belakang Pejabat Daerah Kanowit, Sibu, Sarawak pada Selasa.

POLIS sedang memburu beberapa suspek dalam insiden rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit, Sibu, Sarawak pada Selasa yang menyebabkan dua lelaki cedera dan kenderaan milik mereka dirosakkan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang mengesahkan kejadian dan telah menerima laporan berhubung insiden itu pada Selasa berkata, rakaman kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari di tempat letak kereta pejabat daerah itu telah tular di media sosial.

"Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, rata-rata warganet di ruangan komen menjelaskan rusuhan itu dipercayai berpunca akibat tuntutan keadilan oleh kaum Dayak yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa di Kanowit.

Namun, masih belum ada sebarang keterangan lanjut berhubung dakwaan itu setakat ini.

Pada masa sama. Mohd Azman menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu supaya memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat mengenainya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kanowit Asistan Superintenden Mohd Faizal Nawi dengan menelefon 016-8657432 atau IPD Kanowit 084-752222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram