[VIDEO] Diserbu peminat atas pentas, penyanyi rap AS dikecam kerana maki pengawal


  • Benua
  • Rabu, 13 Sep 2023

Tangkap layar ketika Drake didatangi peminat ketika mengadakan konsert di Austin Moody Centre, Amerika Syarikat pada Isnin.

TINDAKAN penyanyi rap popular, Drake yang memaki dan menghina petugas keselamatan ketika mengadakan konsert di Austin Moody Centre, Amerika Syarikat pada Isnin mengundang perhatian ramai.

Insiden itu berpunca selepas dia diserbu seorang peminat lelaki yang menaiki pentas secara tiba-tiba.

Tersentak dengan situasi tersebut, Drake kemudiannya bersalam-salaman dengan individu terbabit sebelum dia diturunkan oleh pengawal keselamatan.

Namun, keadaan bertukar kecoh apabila penyanyi rap itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas terbabit.

"Saya ingin bertanya satu soalan, adakah konsert ini tidak menjalankan langkah keselamatan.

"Pengawal bertindak perlahan macam bodoh," ujarnya.

Rakaman kejadian meraih lebih 200,000 jumlah tontonan di laman media dengan kecaman hebat dilemparkan terhadap penyanyi rap tersebut.

"Dia cuma ingin bersalam di pentas bukan timbulkan keganasan, Drake memang biadab tidak terbuka untuk melayan peminatnya," kata James Bruno.

"Dia kan penyanyi rap, peminat panjat pentas itu perkara biasa dan tak perlu menghina ataupun memaki sesiapa," ujar Dwane Burg.

"Pengawal dah menjalankan tugas, tak perlu maki dan menghina sebab ia hanya isu kecil," tambah Marriot Whelner.

Namun, tiada sebarang tangkapan polis mahupun kecederaan dilaporkan berlaku ketika kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram