[VIDEO] Dipercayai curi telefon, duit RM700, warga Rohingya berikat kaki dan tangan kena 'sidai' seharian di tepi jalan


  • Tular
  • Rabu, 13 Sep 2023

Video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing terduduk di tepi jalan dengan keadaan kaki dan tangan berikat.

TULAR video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing terduduk di tepi jalan dengan keadaan kaki dan tangan berikat.

Kejadian itu dikongsikan di laman Facebook Kejut Ka pada Rabu.

Berdasarkan hantaran tersebut, lelaki dipercayai etnik Rohingya itu didakwa dibiarkan seharian di tepi jalan kerana dihukum akibat perbuatan mencuri.

Dia didakwa mencuri dua buah telefon bimbit dan wang ringgit bernilai RM700.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai kes tersebut.

Warga asing itu dipercayai diletakkan di tepi jalan sejak dari pagi hingga petang.

"Kau buat orang serupa binatang ya? Setakat telefon dua dan RM700, (kau) culik dan buang dalam hutan," katanya.

Difahamkan mungkin gara-gara bimbang kejadian itu hanyalah modus operandi baharu sindiket semata-mata menyebabkan orang awam lebih berhati-hati sebelum menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, menerusi video berdurasi 37 saat itu, kelihatan seorang lelaki dan wanita bertindak membantu warga asing tersebut dengan membuka ikatan tali pada tangannya.

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram