[VIDEO] Budak warga asing lagak samseng, siap acu jari tengah depan mak ayah di Kuantan


  • Tular
  • Jumaat, 23 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan satu keluarga dipercayai etnik Rohingya menaiki motosikal roda tiga di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang yang kini tular di media sosial.

BERBANDING warga asing lain, etnik Rogingya kebelakangan ini dilihat semakin berani memandu kereta atau menunggang motosikal di negara ini.

Baru-baru ini juga, video memaparkan satu keluarga dipercayai etnik Rohingya menaiki motosikal roda tiga yang tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit 17 saat itu dimuat naik di laman Facebook pada Jumaat.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Menerusi rakaman tersebut, seramai enam orang ahli keluarga tersebut dilihat menaiki motosikal berkenaan, termasuk seorang bayi yang didukung oleh wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu.

Namun, yang lebih membangkitkan kemarahan netizen ialah tindakan salah seorang kanak-kanak dalam motosikal itu yang cuba berlagak samseng dengan menunjukkan isyarat jari tengah kepada si perakam.

Menjengah ke ruangan komen, selain tidak berpuas hati dengan perlakuan budak itu yang disifatkan sebagai kurang ajar, rata-rata warga maya juga menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap golongan itu yang semakin berani menunggang motosikal di negara ini.

"Tengok yang topi (helmet) merah bukan main berlagak dia siap tunjuk isyarat tangan, bangsa ini memang berlagak betullah duduk Malaysia," kata Ferus Aziz.

"Agaknya memang mak ayah diorang ajar buat macam itu. Di tempat aku ni sama juga, anak-anak Rohingya siap tunjuk jari bila kita tengok mereka," tulis Romzi Hussain.

"Dia buat undang-undang macam bapa dia yang punya. Lesen antarabangsa ada ke tak tu? Kalau tidak ada, untung sahajalah selama dia duduk Malaysia.

"Rakyat Malaysia bermodal buat lesen dan renew lesen. Kerajaan tolong ambil tindakan," ujar MD Zaki.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram