Portal jadi bahan rujukan perbaiki penguasaan BM dorong sertai kempen Langgan & Menang Majoriti


  • Bizz
  • Sabtu, 09 Sep 2023

Abdul Hadi Nasoha diumumkan selaku pemenang hadiah mingguan bagi kempen Langgan dan Menang Majoriti.

PEMENANG hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti, Abdul Hadi Nasoha, 34, tidak menyangka namanya terpilih sebagai individu bertuah sebaik diumumkan selaku pemenang bagi minggu ketiga baru-baru ini.

Dia yang memenangi percutian ke Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan selama dua hari satu malam di Panorama Pool Villa, termasuk sarapan untuk dua orang berkongsi kegembiraannya bersama Majoriti.

Jelasnya, dia langsung tidak menjangkakan perkara itu dan ia merupakan kemenangan kali pertama diperoleh selepas beberapa kali menyertai peraduan sedemikian.

Bertitik tolak daripada itu, Abdul Hadi menyarankan golongan remaja untuk melanggan Kempen Langgan & Menang Majoriti kerana menurutnya, portal tersebut memiliki gaya bahasa yang bagus serta ringkas yang mampu membantu golongan pelajar khususnya untuk memperbaiki penulisan bahasa Malaysia mereka.

lsd

Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow (empat dari kiri) dan Pengurus kanan besar dan ketua produk Majoriti, Chung Eng Lee ketika bersama penaja-penaja melancarkan kempen Majoriti Langgan dan Menang pada 16 Ogos lalu.

"Remaja pelajar sekolah amat digalakkan untuk menyertai kempen ini kerana bukan sahaja boleh mendapat bahan bacaan, malah turut membantu dalam memperbaiki kualiti penulisan mereka.

"Budak zaman sekarang semuanya minat bahan tular dan sensasi, jadi di Majoriti pun ada segmen tular yang lebih sahih dan telus beritanya, jadi sangat bagus untuk pelajar sertai kempen ini.

"Anak saudara saya pun ada masalah penulisan karangan Bahasa Malaysia, jadi lepas ini saya nak minta dia langgan kempen ini, mana tahu ada rezeki boleh menang hadiah juga," katanya kepada Majoriti.

Sementara itu, bagi seorang lagi pemenang iaitu Rosmawati Hamzah, faktor mencari sumber berita yang dipercayai membuatkan dia memilih untuk melayari laman Majoriti.

Walaupun masih baru berjinak-jinak melayari portal ini, tetapi Rosmawati berasakan Majoriti adalah tempatnya dalam mencari berita yang sahih dan tepat.

awekk

Rosmawati Hamzah membawa pulang seutas jam tangan wanita jenama Braun Buffel.

"Zaman sekarang ini, tak semua benda yang kita baca dan lihat di media sosial adalah benar dan boleh dipercayai.

"Oleh itu, kita perlu mencari sumber yang sahih untuk mendapatkan ketepatan dan kerana itu saya memilih membaca laporan yang disediakan oleh Majoriti," kata Rosmawati yang menggemari laporan segmen Massa dan Tular.

Rosmawati mengatakan yang dia mengetahui berkenaan kempen Langgan & Menang menerusi hebahan di media sosial dan nyata RM30 dilaburkannya cukup berbaloi.

Dia nyata terkejut kerana berjaya menjadi salah seorang daripada pemenang dengan Rosmawati membawa pulang seutas jam tangan wanita jenama Braun Buffel.

Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti ini menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta selama 18 minggu.

seee

Majoriti melancarkan Kempen Langgan dan Menang dengan pelbagai hadiah menarik buat pembacanya dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Bukan itu sahaja, hadiah lumayan lain juga bakal dibawa pulang termasuk hadiah utama iaitu sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Langganan eksklusif tahunan bernilai RM30 sahaja ini bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram