SEJAK kebelakangan ini, pengguna media sosial sering dihidangkan dengan berita mengenai pertengkaran ketika perlawanan bola sepak sosial berlangsung.
Pertelingkahan antara satu sama lain, termasuk keganasan yang dilepaskan terhadap pengadil merupakan antara contoh untuk menceritakan mengenai kejadian berkenaan.
Insiden sebegini hanya akan menyebabkan orang ramai kurang tertarik dengan sukan bola sepak selain mencetuskan pandangan tidak baik mengenainya.
Baru-baru ini, kes sedemikian tercetus dalam satu perlawanan sosial yang tidak dikenal pasti lokasinya, namun sempat dirakam dan dikongsikan di akaun Facebook Bola,Bola&Bola.
Dalam klip berkenaan, perlawanan tersebut berlangsung antara dua pasukan dengan satu daripadanya mengenakan baju putih dan lawannya berwarna merah.
Pertelingkahan berlaku ketika dua pemain sedang merebut bola di atas padang, namun secara tiba-tiba seorang individu berpakaian merah melakukan kekasaran dengan menendang tumit lawannya.
Tidak cukup dengan itu, pelaku yang kelihatan mengenakan rambut tocang turut mengambil kesempatan menyepak lembut lawannya di bahagian pinggul ketika dia sudah terjatuh.
Berang dengan kekasaran berkenaan, pemain berjersi putih lantas bangun untuk mempersoalkan tahap profesionalisme pelaku, namun pelaku masih tetap mempertahankan dirinya.
Menyedari akan kejadian berkenaan, pemain daripada kedua-dua pasukan pantas hadir untuk meleraikan keadaan sebelum perkara lebih buruk tercetus.
Walaupun masih berlakunya perang mulut antara beberapa individu, kecekapan rakan sepasukan masing-masing berjaya menghalang insiden tidak diingini berlaku.
Berdasarkan pemerhatian Majoriti di ruangan komen, perkara terbabit berlaku di Cyberjaya, Selangor memandangkan pasukan berwarna merah berpangkalan di kawasan terbabit.
Namun, sehingga kini, masih tiada penjelasan dikongsikan mengenai pertelingkahan berkenaan dengan ia memberi gambaran bahawa kes tersebut tidak berlanjutan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
