Perlu 4 elemen penting, pengarah teknikal FC Jerantut kongsi cara kelab amatur 'sustain' dalam bola sepak


  • Podium
  • Sabtu, 09 Sep 2023

FC Jerantut ditubuhkan pada 2021 bagi memberi ruang kepada pemain-pemain di bandar itu untuk mempamerkan bakat mereka.

SEMUA orang mungkin ada impian untuk mempunyai sebuah kelab bola sepak dan menguruskannya sehingga berjaya mencapai satu tahap yang tertinggi dalam landskap bola sepak Malaysia.

Banyak pasukan komuniti atau lebih dikenali sebagai amatur telah membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing di tahap tertinggi bola sepak Malaysia meskipun perlu bermula dari bawah.

Namun banyak juga pasukan amatur terkubur disebabkan masalah kewangan kritikal sehingga tidak mampu menampung kos operasi pasukan.

Pengarah Teknikal FC Jerantut (FCJ), Safiuddin Shaifuddin, 35, berkongsi serba sedikit cara pihak pengurusan FCJ mendapatkan sumber kewangan dan mengekalkan operasi pasukan sejak ditubuhkan pada 2021.

" FC Jerantut merangka kerjasama strategik antara kelab dan syarikat-syarikat yang berpangkalan di Jerantut.

"Penglibatan syarikat komuniti dalam penajaan pasukan amat membantu pengurusan melicinkan perbelanjaan dalam mengurus pasukan.

"Bukan sahaja dari aspek kewangan, tetapi juga dari aspek lain, selain itu, penjualan 'merchandise' pasukan seperti jersi adalah satu inisiatif pengurusan untuk menampung bebanan kewangan menguruskan pasukan," katanya kepada Majoriti.

370987803_311995307993378_4821862732679304679_n

Antara pemain-pemain FC Jerantut dalam perlawanan kelayakan Selangor Champions League (SCL).

Safiuddin berkata, pasukan amatur memerlukan empat elemen penting untuk kekal relevan dalam kancah bola sepak tanpa berharap kepada duit kemenangan kejuaraan liga.

"Wang kemenangan bagi saya tidak menjanjikan sesebuah pasukan itu kekal stabil untuk musim seterusnya. Namun, sejumlah nilai yang berpadanan dengan expenses atau membantu kewangan pasukan dalam musim-musim yang akan datang.

"MFL atau AFL boleh membantu pasukan dengan memberi pasukan royalti hak penyiaran. Selain itu, kutipan tiket daripada penyokong yang datang menyaksikan perlawanan kelab komuniti.

"Pasukan Jerantut pernah membuat penjualan tiket hampir RM90,000 ketika menentang Perak di Stadium Tun Abdul Razak Jengka pada 2018.

"Capital grant atau geran tahunan perlu diperuntukkan oleh AFL-FAM bagi setiap musim dengan nilai 20 peratus ke 30 peratus dari 'seasonal expenses' setiap pasukan.

"Pihak berwajib juga perlu membantu pasukan dari segi pemasaran merchandise selain membantu menarik minat penaja-penaja bagi membantu melicinkan perbelanjaan pasukan.

AFIQ4938

FC Jerantut ketika beraksi menentang Pasir Pekan.

Tambahnya lagi, mengikut pengalamannya sebagai pengarah teknikal FC Jerantut, pihak kelab perlu membuat hubungan baik serta mempromosikan komuniti yang diwakili mereka.

"Pasukan amatur yang baharu atau hendak bermula membangunkan pasukan perlu membuat hubungan yang baik, mempromosikan pasukan mereka dengan komuniti yang mereka wakili.

"Dengan ini, komuniti akan kembali menyokong pasukan bukan sahaja dari segi pembelian merchandise, tetapi juga dari segi moral selain membina hubungan-hubungan yang baik dengan syarikat-syarikat yang berasaskan komuniti.

"Jika kelab ini diurus secara profesional dan dibantu pihak berwajib tanpa adanya ketirisan, Insya-ALLAH pasukan komuniti di Malaysia mampu bertahan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram