Bek tengah kelahiran Borneo sasaran gandingan Jordi Amat di JDT


  • Podium
  • Rabu, 17 Mei 2023

Buriram United Muncul Juara Thai League 1 2022/23. — Facebook/BuriramUnited

PEMAIN warisan, kacukan Belgium-Malaysia, Dion Johan Cools semakin menunjukkan 'taring' bersama kelab Buriram United yang berpangkalan di Thailand.

Bukan itu sahaja, kejayaan menjulang Thai League 1 bersama pasukan itu baru-baru ini turut membantu pemain itu mencipta sejarah tersendiri.

Kejayaan tersebut menjadikan Dion Cools pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara paling banyak menjulang gelaran liga iaitu empat semuanya.

Jadi, dengan kehadirannya dipetik untuk mewakili skuad kebangsaan ketika aksi Piala Asia 2023, peluang untuk menyaksikan kelibatnya di atas padang sememangnya cukup dinanti-nantikan.

Ia kerana bek tengah berketinggian 1.85 meter itu semakin selesa beraksi di rantau Asia Tenggara selepas namanya diletakkan dalam senarai pemain terbaik Liga Thailand walaupun baru menyertai liga tersebut pada awal musim ini.

Malah, dia turut membantu Buriram mempertahankan kejuaraan Liga Thailand di mana mereka muncul juara dengan perbezaan lapan mata di hadapan Bangkok United.

2038684

Dion Cools pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara paling banyak menjulang gelaran liga dengan empat gelaran. — Agensi

Terbaharu, Dion Cools melengkapkan musim cemerlang di Thailand apabila beliau tersenarai dalam kesebelasan terbaik bagi saingan Liga Thailand musim 2022/2023.

Sejak menyertai kelab itu pada Januari tahun ini, bek tengah berkenaan sudah diturunkan sebanyak 14 kali dengan penampilannya penting untuk musim mengagumkan Buriram United.

Namun, meskipun masa depannya semakin cerah di Thailand, namanya sekali lagi dipetik untuk memeriahkan Liga Malaysia dengan kebolehannya untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan.

Antara pasukan yang sememangnya cukup mendambakan khidmatnya ialah juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT) berikutan khabar angin sebelum ini pernah mengaitkan kedua-dua pihak.

"Kalau main Liga Malaysia, sudah sah dia akan pilih JDT demi career growth memandangkan pasukan lain tidak menjanjikan apa-apa kepentingan untuk Dion Cools," tulisnya Jhonny_Knox.

"Berkemungkinan masuk JDT," tulis mf_mhdfrhn.

Ketika ini, skuad Harimau Selatan memiliki benteng pertahanan yang cukup kebal memandangkan mereka hanya dibolosi sebanyak sekali dalam 10 aksi Liga Super.

Bagaimanapun, dengan mereka mempunyai cita-cita untuk menjulang aksi Liga Juara-juara AFC (ACL) dalam beberapa tahun akan datang, kehadiran Dion Cools pastinya cukup dialu-alukan.

Tambahan pula, pengalamannya beraksi di Eropah cukup berharga, lebih-lebih lagi sekiranya dia digandingkan dengan kapten kelab, Jordi Amat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram