[VIDEO] Waspada taktik baharu penyangak pecah masuk bilik hotel


  • Tular
  • Selasa, 05 Sep 2023

Tangkap layar memaparkan kejadian cubaan memecah masuk sebuah bilik hotel dipercayai berlaku di luar negara.

TULAR satu video menunjukkan satu taktik baharu cubaan memecah masuk sebuah bilik hotel.

Menerusi video yang dirakam dari dalam bilik, penjenayah dilihat menggunakan 'cable tie' yang telah diubah suai untuk membuka pintu hotel tersebut dari luar.

Dalam video itu, individu berkenaan menunjukkan cara-cara membuka pintu hotel dari luar dengan menggunakan 'cable tie' yang diubah suai dan magnet untuk menarik tombol pintu.

Dengan cara itu, penceroboh boleh membuka pintu dari luar walaupun penghuni bilik sudah mengunci pintu.

Berdasarkan rakaman berdurasi dua minit 19 saat itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di luar negara.

Bagaimanapun, difahamkan taktik serupa pernah dikesan berlaku dekat hotel di salah sebuah pusat peranginan terkemuka negara.

Dakwaan itu dipercayai didedahkan oleh seorang individu yang bekerja dalam bidang perhotelan.

"Ia pernah berlaku sebelum ini, kami selalu menyalahkan tetamu hotel yang membuat cerita barangan di bilik mereka hilang selepas rugi akibat kalah judi. Ini kerana dalam kes tersebut tiada tanda-tanda pecah masuk," katanya.

"Anggota keselamatan berjaya menangkap pelakunya yang berasal dari China. Mereka dikesan menggunakan gajet yang sama. Jadi berhati-hatilah dengan barangan anda walaupun anda menetap di hotel bertaraf lima bintang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram