SEKUMPULAN penduduk di Taman Sri Andalas, Jalan Sri Sarawak, Klang, Selangor berjaya melumpuhkan kegiatan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk beberapa buah rumah.
Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), kejadian pecah masuk itu dipercayai berlaku pada Selasa sekitar pukul 12.30 tengah malam.
Perkongsian itu dimuat naik di Facebook Komuniti Taman Sri Andalas, Klang pada Jumaat.
Pada masa sama, suspek juga dipercayai cuba mengelirukan penduduk taman terbabit apabila memakai kopiah ketika membuat kegiatan terkutuk itu.
Namun, taktiknya yang acah-acah alim seolah-olah mahu pergi ke surau tidak menjadi apabila tetap dicekup penduduk taman terbabit.
Suspek telah diserahkan kepada pihak polis. — Facebook/Komuniti Taman Sri Andalas, Klang
"Alhamdulillah, suspek kes pecah masuk beberapa rumah di Jalan Sri Sarawak telah diberkas dan diserahkan kepada pihak polis. Sama-sama kita jadikan Andalas tempat yang selamat," menurut hantaran di laman sosial berkenaan.
Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram