POLIS menahan tujuh lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah restoran dekat kawasan Banting, Selangor sekitar pukul 1.30 pagi pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pihaknya telah menerima laporan dari seorang lelaki warga tempatan berumur 36 tahun pada pukul 1.15 petang pada hari yang sama.
Menurutnya, pengadu bersama rakannya telah dipukul oleh sekumpulan lelaki warga tempatan dipercayai akibat tidak berpuas hati teman wanitanya diganggu oleh beberapa lelaki yang disyaki di bawah pengaruh alkohol.
"Sekitar pukul 4.50 petang, sepasukan pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat telah tangkap dua lelaki warga tempatan di kawasan Banting," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Video pergaduhan berdurasi 57 saat tersebut tular di laman sosial pada Selasa, sebelum ia menjadi tular.
Menurut Ahmad Ridhwan, hasil soal siasat, kesemua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan yang dijalankan pada malam Ahad.
Tambahnya, hasil semakan terhadap kesemua suspek yang ditangkap adalah lelaki warga tempatan berumur 19 hingga 37 tahun.
"Empat daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau yang melibatkan kes jenayah dan dadah.
"Ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati semua suspek negatif," katanya.
Ujarnya, kesemua suspek telah direman selama tiga hari di lokap balai polis Banting, IPD Kuala Langat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika dissabit kesalahan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram