[VIDEO] Geng superbike selamba rembat troli penuh barang dapur di pasar raya USJ


  • Tular
  • Jumaat, 01 Sep 2023

Tangkap layar dua individu lelaki melarikan troli dari sebuah pasar raya dekat USJ, Subang Jaya.

DUA individu lelaki dirakam melarikan troli dari sebuah pasar raya dekat USJ, Subang Jaya, Selangor pada Khamis.

Si pelaku yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi itu dilihat bergerak perlahan sambil membawa troli tersebut ditarik oleh rakannya yang menunggang di bahagian belakang.

Beberapa barangan runcit dipercayai dibeli daripada pasar raya terbabit turut kelihatan di dalam troli tersebut yang sekali gus menimbulkan spekulasi kes pencurian oleh warganet di Facebook.

Dirakamkan menerusi kamera dashcam, kegiatan itu meraih lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini.

Tidak dihentikan oleh sesiapa, kedua-dua lelaki berkenaan terus melarikan troli tersebut hingga ke laluan jalan raya.

Dalam pada itu, notis larangan membawa troli keluar dari premis di pintu keluar pasar raya berkenaan menarik perhatian warganet yang secara tidak langsung mengundang kemarahan dan kecaman ramai.

"Notis larangan dah jelas ditampal di situ, selamba je dia bawa lari troli keluar jalan raya, mencuri la itu," kata

"Ini mesti kes curi, patutlah kadang-kadang boleh nampak ada troli pasar raya bersepah dekat jalan," ujar Mohd Farid.

"Tunggang motosikal berkuasa tinggi bukan main, tapi curi troli, ini la maksud biar takda duit asal bergaya," jelas Hafizuddin.

"Dia lupa agaknya kamera litar tertutup (CCTV) bersepah dekat pintu keluar itu, tak lama lagi memang polis tangkap la," tambah Farisya Ilyana.Asyraf Rozaidi.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung perkara itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram