SAMBUTAN malam Merdeka bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki bertindak membuat bising di sebuah stesen minyak pada Rabu.
Dipercayai sengaja menimbulkan kekacauan, individu berkenaan dirakam memikul sebuah motosikal sambil memulas 'throttle' yang sekali gus mencetuskan bunyi bising di lokasi tersebut.
Beberapa lelaki turut kelihatan mengibarkan bendera kebangsaan ketika kejadian sambil diringi sorakan rakan-rakannya yang lain.
Dirakamkan oleh salah seorang individu daripada kumpulan tersebut, video berdurasi seminit itu kemudiannya tular di laman media.
Tidak dihentikan sesiapa, lokasi kejadian tidak dinyatakan setakat ini dan hal tersebut mengundang kecaman dalam kalangan warganet.
"Orang sambut Merdeka kibar bendera, kau pergi julang motosikal itu buat apa, memalukan Malaysia je," kata Umar Rasydan.
"Negara dah 66 tahun Merdeka tapi pemikiran masih tak berubah, apa keperluannya nak buat kecoh macam itu, malu kalau ada pelancong yang tengok," ujar FarhanAqil.
"Menyampah bila ada isu macam ini berlaku malam Merdeka, bukti semua dah ada mohon polis segera jalankan siasatan dan tahan kesemua merea yang terlibat," Amni Zulaikha.
Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan polis dilaporkan berhubung perkara itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram