[VIDEO] Padah cucuk rapat konvoi VIP, pemandu tak sengaja rempuh MPV polis di KL


  • Tular
  • Rabu, 30 Ogos 2023

Tangkap layar pelanggaran berlaku membabitkan dua buah kenderaan di jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

SATU kemalangan dipercayai berlaku di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur melibatkan seorang pemandu dan kenderaan polis pada Selasa.

Ketika kejadian, pemandu berkenaan terlebih dahulu dirakam cuba mengekori rapat kenderaan polis itu yang difahamkan merupakan kereta pengiring menteri.

Akibat tergesa-gesa, si pemandu yang gagal menekan brek kemudiannya merempuh kereta jenis Proton X70 terbabit dari arah belakang.

Tersentak dengan pelanggaran tersebut, individu dipercayai salah seorang pegawai menteri itu keluar untuk melihat keadaan keretanya.

Dirakamkan menerusi kamera dashcam, video berdurasi seminit itu meraih lebih 10,000 jumlah tontonan di laman media sosial.

Insiden terbabit sekali gus menyebabkan laluan bertukar sesak dengan beberapa kenderaan lain terpaksa berhenti untuk memberikan laluan kepada kedua-dua buah kereta berkenaan.

Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam kemalangan itu dengan polis juga masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung hal itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram