SEORANG lelaki berdepan tuduhan mahkamah selepas didakwa melakukan perbuatan khianat terhadap jirannya di Oxford, England pada bulan lalu.
Xuming Li, 36, dilaporkan turut didakwa memiliki barangan terlarang dan bahan kimia berbahaya.
Merupakan seorang pelajar lulusan peringkat PHD dalam jurusan kimia, suspek kini sedang menuntut di salah sebuah universiti terbaik dunia iaitu University of South Florida, Amerika Syarikat.
Dalam satu rakaman tular sejak Isnin, individu terbabit dirakam meninggalkan sejenis bahan kimia berbahaya menggunakan peralatan picagari di bahagian bawah pintu jirannya.
Perbuatan itu difahamkan berpunca akibat kemarahan si pelaku yang mendakwa tangisan bayi jirannya terlampau bising sehingga mengganggu ketenteramannya.
Terkesan dengan tindakan tersebut, Umar Abdullah, 36, dan keluarganya dikatakan mengalami sakit pening kepala, kelesuan, kesukaran bernafas dan keguguran rambut.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek menggunakan sejenis bahan campuran kimia jenis Metadon serta Hydrocodone yang menyerupai 'pain killer'.
Li dilaporkan sudah ditangkap polis dan didakwa pada 27 Jun lalu selain turut berdepan tindakan saman daripada Abdullah kerana melakukan keganasan rumah tangga dan melanggar syarat persatuan di kediaman tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram