[VIDEO] Kantoi curi kabel TM, pemandu seret wayar 'copper' cuba lari di kampung Kota Belud


  • Tular
  • Rabu, 30 Ogos 2023

Tangkap layar sebuah kenderaan cuba meloloskan diri bersama kabel pencawang TM yang dicurinya.

TINDAKAN seorang individu yang mencuri kabel pencawang Telekom Malaysia (TM) di Kota Belud, Sabah membawa padah apabila dia dikejar oleh beberapa penduduk kampung.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada awal pagi Rabu itu dirakamkan seorang pemandu yang cuba mengejar si pelaku dari arah belakang.

Menurut perkongsian di laman Facebook, beberapa pihak tampil memberikan bantuan untuk menangkap pencuri terbabit namun, pemandu kereta jenis Proton Iswara itu difahamkan dapat meloloskan diri.

Difahamkan, kegiatan mencuri tersebut boleh mendatangkan keuntungan dengan bahagian dalaman wayar itu diperbuat daripada bahan 'copper' yang mempunyai nilai tinggi di pasaran.

Bukan kejadian kali pertama, warganet di ruangan komen membongkarkan beberapa insiden serupa pernah berlaku sebelum ini.

"Kabel diperbuat daripada 'copper' memang bernilai di pasaran, tidak hairan kes kecurian itu sering berlaku kebelakangan ini," kata Azamu Nan Jomor.

"Kerap berlaku di Kota Belud, pencuri memang giat menjalankan kegiatan itu untuk kaut keuntungan," ujar Alina Miasara.

"Polis perlu menjalankan operasi pada awal pagi, mereka memang kerap sasarkan kabel untuk dicuri," jelas Hamdan Marzuki.

Belum ada sebarang kenyataan polis setakat ini dengan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram